

Rabu 27hb Jun 2007, bertempat di Dewan Penghayatan, Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, berlangsung Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang 2007 Jabatan Perdana Menteri Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya. Tetamu kehormat di Konvensyen tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Hj Hamid bin Pengiran Hj Mohd Yassin, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.
Sebanyak 5 buah pasukan dari jabatan-jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri ikut serta dalam konvensyen tersebut. Turut serta ialah Jabatan Peguam Negara Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dengan nama Kumpulan AFDHAL membawa tajuk projek “Sistem Fail TIdak Teratur”, yang telah mendapat naib johan, manakala johan ialah kumpulan Setia dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan tempat ketiga kumpulan Titih dari Jabatan Pengurusan. Pemenang-pemenang menerima sebuah piala dan kristal berserta sijil yang disampaikan oleh tetamu kehormat. Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang peringkat kebangsaan akan diadakan pada 20hb hingga 23hb Ogos 2007 bertempat di Bilik Takwa, Institut Perkhidmatan Awam, Gadong.