Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

Majlis Sambutan Israk Mikraj bagi Tahun 1444H/2023M

IMFront.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Mac 2023 – Pejabat Peguam Negara mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj bagi tahun 1444 Hijrah di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha petang ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Peguam Negara, Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa. Turut sama hadir, Peguamcara Negara, Yang Mulia Dayang Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi serta pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara

IS3.jfif

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran, Surah Ar-Ra’d ayat 22-24 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayangku Nurul Sakinah Adawiyah binti Pengiran Ainolazahar.

IS2.JPG

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk “Bersabar, berikhtiar & bertawakkal & berdoa menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Redha Allah”. Antara kandungan ceramah tersebut ialah menghuraikan peristiwa Israk mikraj. bagaimana sembahyang yang kusyuk akan mempermudahkan jalan hidup seseorang.

Majlis merupakan salah satu aktiviti tahunan  Pejabat ini dalam sama-sama menyemarakkan sambutan hari Kebesaran Islam, iaitu peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

Attachments