Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

Penutupan Sukan Rumah-Rumah Pejabat Peguam Negara Tahun 2022 - 2023

Front Page.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mac 2023 – Pejabat Peguam Negara telah mengadakan Majlis Penutup bagi Acara Kejohanan Sukan Rumah-Rumah Pejabat Peguam Negara bagi tahun 2022–2023 di Dewan Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas.
 
Tetamu Kehormat pada Majlis Penutup tersebut ialah Yang Berhormat Peguam Negara, Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa. Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara (PPN).
 
Aktiviti Sukan Rumah-Rumah PPN yang diadakan setiap dua tahun sekali ini telah diungkayahkan oleh Jawatankuasa Sukan Pejabat Peguam Negara sejak tahun 2009 sebagai aktiviti berterusan bagi mempromosikan sukan dan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga PPN sambil menggalakkan semangat kerjasama disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara pegawai dan kakitangan di Pejabat ini.
 
Acara Kejohanan Sukan Rumah-Rumah Pejabat Peguam Negara bagi tahun 2022–2023 bermula dengan perlawanan darts pada 15hb Oktober 2022 dan diakhiri dengan perlawanan futsal dan netball pada 5hb Mac 2023.

Bagi Acara Kejohanan Sukan tersebut, warga PPN dibahagikan kepada empat buah rumah sukan iaitu, Rumah Hitam dengan gelaran The Reapers, Rumah Biru dengan gelaran The Hurricanes, Rumah Merah dengan gelaran The Falcons, dan Rumah Kuning dengan gelaran The Thunderbolts.

Kempat-empat buah rumah sukan telah bertanding dalam beberapa acara sukan iaitu sukan Pool dan Badminton yang dijuarai oleh The Hurricanes, sukan Darts, Netball dan Bowling yang dijuarai oleh The Reapers, dan sukan Ping Pong dan Futsal yang dijuarai oleh The Thunderbolts. 

Berdasarkan jumlah mata kesuluruhan bagi perlawanan-perlawanan tersebut, The Hurricanes dinobatkan sebagai juara keseluruhan Acara Sukan Rumah-Rumah PPN bagi tahun 2022–2023 dan telah menerima Piala Pusingan Juara Sukan PPN sumbangan Yang Berhormat Peguam Negara.

Pemenang-pemenang lain perlawanan juga telah menerima piala sumbangan dari pegawai-pegawai kanan PPN. Manakala tempat keempat yang disandang oleh The Falcons menerima piala saguhati Wooden Spoon yang disampaikan oleh Yang Berhormat Peguam Negara.


Black - The Reaper.JPG
Rumah Hitam - The Reapers yang diketuai oleh Dyg Hjh Suriana binti Haji Radin, Penolong Peguamcara Negara (Kapten Sukan Dyg Zainatul Iradah binti Rais & Penolong Kapten Sukan Awg Saheiman bin Samin)

Blue - Hurricanes1.JPG

Rumah Biru - The Hurricanes yang diketuai oleh Pg Hjh Siti Rahmah binti Pg Haji Mohammad, Penolong Peguamcara Negara, (Kapten Sukan Pg Hj Mohd Ariffin bin Pg Hj Ismail & Penolong Kapten Sukan Dyg Norhasnani binti Tamin)


Red - Falcon.JPG
Rumah Merah - The Falcons yang diketuai oleh Dyg Norismizan binti Haji Ismail, Penggubal Undang-Undang (Kapten Sukan Dyg Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali & Penolong Kapten Sukan Awg Azmi bin Mustafa)


Yellow - Thunderbolts1.JPG
Rumah Kuning - The Thunderbolts yang diketuai oleh Dyg Hjh Noor Sukhairiyani binti DSLJ Hj Mohd Kassim, Ketua Penasihat Undang Undang (Kapten Sukan Dr Mohammad Hussin Ali bin Idris dan Hajah Rozaimah binti Haji Abdul Rahman & Penolong Kapten Sukan Nurul Husna Aqilah binti Haji Abidin dan Hajah Siti Nuramni Aiman binti Haji Bahar)​
Attachments