
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 April 2023 – Sempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1444 Hijrah / 2023 Masehi, Pejabat Peguam Negara telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Peguam Negara, Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa. Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Takhtim dan Doa Khatam Al-Quran.
Aktiviti keagamaan ini dijalankan setiap tahun bagi memuliakan bulan Ramadhan yang bermula dari awal Ramadhan oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.