Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ BAGI TAHUN 1445 HIJRAH / 2024 MASIHI PEJABAT PEGUAM NEGARA

IM24.3.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Feb 2024 – Pejabat Peguam Negara mengadakan majlis sambutan Isra’ Mi’raj bagi tahun 1445 Hijrah di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha petang ini.

IM24.2.JPG

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa. Turut sama hadir, Peguamcara Negara, Yang Mulia Dayang Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi serta pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran, Surah Al-‘Ankabut ayat 42 – 46, yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri. Majlis seterusnya diserikan dengan Ceramah Khas sempena tema Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah iaitu “Sembahyang Tiang Agama” oleh Yang Mulia Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

IM24.1.JPG

Majlis merupakan salah satu aktiviti tahunan Pejabat ini dalam sama-sama menyemarakkan sambutan hari Kebesaran Islam, iaitu peristiwa bersejarah Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.


Attachments