Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 / 2024, Pejabat Peguam Negara

DSCN0118copy.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai 2024 – Pejabat Peguam Negara mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, pagi tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat padaMajlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah Binti Haji Mohammed Taib.

 Qariah.JPG

Majlis tersebut  mendengar  bacaan ayat suci Al-Quran, iaitu Ayat 214 – 216, Surah Al Baqarah oleh Yang Mulia Dayang Najla' Sabreena binti Haji Abd Rajid, Qariah jemputan dan johan musabaqah tilawatil quran peringkat belia kebangsaan 2024.  Majlis diteruskan dengan ceramah yang bertajuk “Hijrah: Ibrah Sepanjang Zaman" yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pg Haji Sellahuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

  Penceramah.JPG

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 tersebut merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Pejabat Peguam Negara  bertujuan bagi imeraikan awal tahun Hijrah dan  disamping itu juga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.


Attachments