Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Feb 2025 – Pejabat Peguam Negara mengadakan majlis sambutan Isra' Mi'raj bagi tahun 1446 Hijrah

DSCN0251.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Feb 2025 – Pejabat Peguam Negara mengadakan majlis sambutan Isra' Mi'raj bagi tahun 1446 Hijrah di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha petang ini.

 DSCN0221.JPG

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Peguam Negara, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah Binti Haji Muhammed Taib. Turut sama hadir, Peguamcara Negara, Yang Mulia Dayang Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi dan pegawai serta kakitangan Pejabat Peguam Negara.

 DSCN0196.JPG

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Muhd Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki. Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk “Sembahyang Mencerdaskan Minda" disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Siti Juhaidah binti Haji Bujang.

 DSCN0280.JPG

Majlis merupakan salah satu aktiviti tahunan Pejabat ini dalam sama-sama menyemarakkan sambutan hari Kebesaran Islam, iaitu peristiwa bersejarah Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.


Attachments