Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

*NEW* Press Release

agc logo.jpg

ATTORNEY GENERAL'S CHAMBERS

 

PRESS RELEASE

THURSDAY, 6 MARCH 2025

 

PUBLIC PROSECUTOR'S APPEAL AGAINST THE INADEQUACY OF SENTENCE IMPOSED

IN THE MAGISTRATE'S COURT FOR OFFENCE OF OUTRAGING MODESTY  

ALLOWED IN THE HIGH COURT

 

The Prosecution's successful appeal against sentence on a 62-year-old local citizen, Hapandi bin Tahir (“Respondent") for an offence of outraging the modesty of a 25-year-old woman under Section 354 of the Penal Code, Chapter 22 resulted in the quashing of a sentence of 8 months' imprisonment imposed in the Magistrate's Court. In allowing the appeal on 5th March 2025, the Honourable Judicial Commissioner Muhammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli substituted the said sentence with a custodial sentence of 12 months' imprisonment.

 

During the appeal, Deputy Public Prosecutor Hajah Siti Mu'izzah binti Haji Sabli, appearing for the Public Prosecutor, submitted that the Senior Magistrate had failed to place sufficient weight on the aggravating factors present, particularly the repeated touching of the victim's thigh and buttock. It was highlighted that the victim was alone and trapped in the Respondent's vehicle when the offence was committed. The Prosecution also highlighted to the Court the psychological harm done to the victim as a result of the incident. The Prosecution further submitted that the Senior Magistrate had wrongly applied the one-third reduction in sentence, which is typically given to defendants who plead guilty at the first instant.

 

In delivering his judgment, the Honourable Judicial Commissioner was of the view that the sentence of 8 months' imprisonment was manifestly inadequate given the aggravating factors. Furthermore, the Honourable Judicial Commissioner agreed with the Prosecution that awarding one-third discount to the Respondent was wrongly applied by the Senior Magistrate. As such, the Respondent ought not to have been afforded any discounts following his conviction after trial.

--- END ---


​SIARAN AKHBAR

KHAMIS, 6 MAC 2025


RAYUAN PENDAKWA RAYA TERHADAP HUKUMAN YANG TIDAK MEMADAI YANG TELAH DIJATUHKAN OLEH

MAHKAMAH MAJISTRET BAGI KESALAHAN MENCABUL KEHORMATAN 

DIBENARKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI

 

 

Kejayaan Pendakwa Raya dalam rayuan terhadap hukuman keatas seorang warga tempatan yang berumur 62 tahun, Hapandi bin Tahir (“Responden") bagi kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita berumur 25 tahun di bawah bab 354 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 telah menghasilkan keputusan pembatalan keatas hukuman 8 bulan penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret. Dalam membenarkan Rayuan Pendakwa Raya tersebut, pada 5 Mac 2025, Yang Arif, Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli telah menggantikan hukuman tersebut menjadi hukuman pemenjaraan selama 12 bulan.

 

Semasa Rayuan, Timbalan Pendakwa Raya Hajah Siti Mu'izzah binti Haji Sabli, yang hadir bagi pihak Pendakwa Raya, berhujah bahawa Majistret Kanan telah gagal untuk menimbangkan faktor-faktor yang memburukkan keadaan, terutama sekali sentuhan yang dibuat berulang kali pada paha dan punggung mangsa.  Perkara mangsa yang bersendirian dan terperangkap di dalam kereta Responden semasa kejadian dilakukan adalah juga ditekankan. Pihak Pendakwaan juga menekankan kepada Mahkamah kemudaratan psikologi kepada mangsa yang telah diakibatkan oleh kejadian ini. Pihak Pendakwaan selanjutnya berhujah bahawa Majistret Kanan telah salah dalam menggunakan pengurangan satu per tiga hukuman, yang lazimnya hanya diberikan kepada defendan yang mengaku bersalah pada kesempatan awal.

 

Semasa penyampaian penghakiman ini, Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman berpendapat bahawa hukuman penjara 8 bulan adalah jelas tidak memadai memandangkan adanya faktor-faktor yang memburukkan lagi keadaan dalam kes ini. Seterusnya, Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa pemberian satu per tiga pengurangan hukuman kepada Responden adalah salah sepertimana yang digunakan oleh Majistret Kanan tersebut. Oleh itu, Responden sepatutnya tidak layak untuk diberikan pengurangan hukuman berikutan pensabitannya selepas perbicaraan. 

 

--- TAMAT ---


Attachments