22hb Mac 2025 - Sempena bulan Ramadhan yang Al-Mubarak, Bahagian Hal Ehwal Korporat melalui Bahagian Komunikasi dan Strategi selaku Penyelaras Discussion Hub (D-Hub) bulanan telah menganjurkan tazkirah “Andai ini Ramadhanku yang terakhir” di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-undang dan Mahkamah hari ini. Tazkirah tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Nasyith bin Haji Superi dari Pusat Dakwah Islamiah.


Hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.