BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Mac 2025 – Sempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1446 Hijrah / 2025 Masehi, Pejabat Peguam Negara telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Peguam Negara, Datin Seri Paduka Hajah Nor Hashimah Binti Haji Muhammed Taib. Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah di pimpin oleh Awang Muhd Adi Faisal Bin Haji Omar, Penasihat Undang-Undang, Pejabat Peguam Negara dan diikuti dengan bacaan Takhtim, doa Khatam, dikir dan doa Selamat.

Aktiviti keagamaan ini dijalankan setiap tahun bagi memuliakan bulan Ramadhan yang bermula dari awal Ramadhan oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara. Antara objektif majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat ini.
-TAMAT-