Khamis- 17 April 2025- Bolkiah Garison
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Hj Mohammed Taib, Peguam Negara selaku Judge Advocate General telah membuat Lawatan Kerja ke Pejabat Perundangan Tentera, Bolkiah Garison.


Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama strategik serta bertukar pandangan mengenai isu isu berkaitan dengan sistem perundangan ketenteraan dan meneroka peluang untuk mempertingkatkan kerjasama diantara kedua belah pihak.
Turut mengiringi YB Datin Peguam Negara pada lawatan ini adalah YM Dyg Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi, Peguamcara Negara, Penolong Penolong Peguamcara Negara dan pegawai pegawai Pejabat Peguam Negara dari Bahagian Keadilan Jenayah dan Bahagain Komunikasi dan Strategi.