Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

Penganugerahan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang ... More

gambarpingat.jpg

28 April 2025-

Penganugerahan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada seramai 463 orang penerima setentunya menjadi penyuntik semangat bagi warga jabatan kerajaan untuk terus maju dan cemerlang demi berbakti dan memberi sumbangan kepada negara. 

Empat orang pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara adalah daripada penerima pingat pingat PIKB pada majlis penganugerahan tersebut.

Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam tersebut adalah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Tahun.


Attachments