
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
PRESS RELEASE
SATURDAY, 10TH MAY 2025
PUBLIC PROSECUTOR
V
HOUNG YU KAI
The Honourable Magistrate Harnita Zelda Skinner handed down her sentence today, 10 May 2025, following the Defendant, Houng Yu Kai’s conviction on 1 May 2025 after trial on an alternative count of abetment of an offence under Section 165 of the Penal Code, Chapter 22. Evidence obtained in the course of investigations conducted by the Anti-Corruption Bureau have revealed that the Defendant had abetted a public servant, one Mohd Shah Nurul Ridzuan bin Haji Maiddin, in committing an offence of obtaining for himself BND1,000.00 without consideration or for a consideration which he knew to be inadequate, which the Defendant knew to have a connection with the official functions of the said public servant as a Staff Officer (Grade II) whose duty was to process payment for the “Additional Power Point at Unit Perumahan Tingkat 2, Bangunan Lama, Kementerian Hal Ehwal Ugama” work which was provided by the Defendant’s company, Ari Cando Contractor, to the Ministry of Religious Affairs.
In her sentencing remarks, the Court emphasised that case law consistently supports the imposition of custodial sentences for offences under Section 165 of the Penal Code, Chapter 22. The Court imposed on the Defendant a custodial sentence of 16 months’ imprisonment, after considering a starting point of 18 months. The sentence is ordered to commence with effect from today.
The prosecution was conducted by Deputy Public Prosecutor Hajah Rozaimah binti Haji Abd Rahman. The Defendant was represented by Counsel Ahmad Basuni bin Haji Abas of Abrahams, Davidson & Co.
Section 165 of the Penal Code, Chapter 22 makes it an offence for a public servant to obtain or receive any gifts without any or inadequate consideration from anyone who he has any dealings connected to his official functions. This offence carries a fine and imprisonment up to 7 years. The abetment of such offence also attracts the same penalty.
--- END ---
TERJEMAHAN
PEJABAT PEGUAM NEGARA
SIARAN AKHBAR
SABTU, 10HB MEI 2025
PENDAKWA RAYA
V
HOUNG YU KAI
Yang Arif Majistret Harnita Zelda Skinner telah menjatuhkan hukumannya hari ini, 10 Mei 2025, berikutan Defendan, Houng Yu Kai, yang disabitkan bersalah pada 1 Mei 2025 selepas perbicaraan atas pertuduhan alternatif bersubahat melakukan kesalahan di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22. Keterangan yang diperoleh semasa siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah telah mendedahkan bahawa Defendan telah bersubahat dengan seorang kakitangan Kerajaan, iaitu Mohd Shah Nurul Ridzuan bin Haji Maiddin, dalam melakukan kesalahan memperoleh untuk dirinya sendiri sejumlah wang BND1,000.00 tanpa balasan atau dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi, yang mana Defendan tahu mempunyai kaitan dengan tugas rasmi kakitangan Kerajaan tersebut sebagai Pegawai Kakitangan (Gred II) yang bertanggungjawab memproses bayaran bagi kerja “Additional Power Point di Unit Perumahan Tingkat 2, Bangunan Lama, Kementerian Hal Ehwal Ugama” yang disediakan oleh syarikat Defendan, Ari Cando Contractor, kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Dalam ulasan hukumannya, Mahkamah menekankan bahawa kes undang-undang lazimnya menyokong pengenaan hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22. Mahkamah mengenakan hukuman penjara selama 16 bulan ke atas Defendan setelah mempertimbangkan titik permulaan pemenjaraan 18 bulan. Hukuman tersebut diperintahkan untuk mula berkuat kuasa pada hari ini.
Pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Rozaimah binti Haji Abd Rahman manakala Defendan diwakili oleh Peguam Ahmad Basuni bin Haji Abas dari firma guaman Abrahams, Davidson & Co.
Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 menjadikannya sebagai suatu kesalahan bagi mana-mana kakitangan Kerajaan untuk memperoleh atau menerima apa-apa hadiah tanpa balasan atau dengan balasan yang tidak mencukupi daripada mana-mana orang yang mempunyai apa-apa urusan berkaitan dengan tugas-tugas rasminya. Kesalahan ini boleh dikenakan denda dan hukuman pemenjaraan sehingga 7 tahun. Kesalahan bersubahat dalam perkara ini juga boleh dikenakan hukuman yang sama.
--- TAMAT --