SIARAN AKHBAR
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai 2025 – Pejabat Peguam Negara mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, petang tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah Binti Haji Mohammed Taib. Turut sama hadir, Peguamcara Negara, Yang Mulia Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi pegawai-pegawai kanan, serta pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Nazmi Azwan bin Awang, Penasihat Undang-Undang dan seterusnya bacaan ayat suci Al-Quran, iaitu Ayat 72 – 74, Surah Al-Anfal oleh Yang Mulia Nur Amal Atiqah @ Aida binti Haji Sudirman, Qariah jemputan. Majlis diteruskan dengan ceramah yang bertajuk “Hijrah: Dari Dunia Menuju Syurga” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Siti Syuhaidah binti Haji Md. Yusoff, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Da’wah (Ceramah) di Pusat Da’wah Islamiah Brunei.
Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 tersebut merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Pejabat Peguam Negara bertujuan bagi meraikan awal tahun Hijrah dan disamping itu juga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.