
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
PRESS RELEASE
Saturday, 30th August 2025
PUBLIC PROSECUTOR V NURUL FITRIA ARNAS
HCCT/14/2023
On 25th August 2025, the High Court of Brunei Darussalam sentenced Nurul Fitria binti Arnas, a 31-
year-old Indonesian national, to four years’ imprisonment after she pleaded guilty to assaulting her
newborn baby in a manner likely to cause physical injury, contrary to section 28(1) of the Children
and Young Persons Act, Chapter 219. Judicial Commissioner Muhammed Faisal bin PDJLD (B) DSP
Haji Kefli delivered the sentence.
The charge concerned an incident sometime between the night of 29th and the early hours 30th June
2023, when the defendant secretly gave birth in the bathroom of her employer’s home. In panic and
fearing discovery, she assaulted her newborn in a manner likely to cause physical injury by punching
the baby’s chest and causing her to fall on her head several times. The baby was later discovered by
the employer. A post-mortem recorded both external and internal injuries, although the exact cause
of death was unascertained.
The defendant had come to Brunei sometime in March 2023 to work as a domestic helper, having
concealed her pregnancy during the application process by submitting another person’s urine
sample at medical screening.
She was initially charged with attempted murder under section 307(1)(a) of the Penal Code.
Following legal representations, an alternative charge under the Children and Young Persons Act was
preferred on 26 July 2025, to which the defendant pleaded guilty. Under section 28 of the Children
and Young Persons Act, the maximum penalty for the offence carries a fine not exceeding $20,000,
imprisonment for a term not exceeding 10 years with or without whipping not exceeding 10 strokes,
or both.
In sentencing, Judicial Commissioner Faisal emphasized that offences against newborns must be
treated with utmost gravity, noting that such victims are completely defenseless and entirely
dependent on their caregivers. He observed that the defendant had failed in her duty of care and
subjected the child to acts likely to cause serious harm. Taking into account the guilty plea and other
mitigating factors, he imposed a sentence of four years imprisonment to 10th July 2023, the date of
the defendant’s remand.
Deputy Public Prosecutor Nurul Fitri Kiprawi appeared for the Public Prosecutor, while Defence
Counsel Nabilah Zainal Abidin of Yusof Halim Partners represented the Defendant.
-END-
Terjemahan
PEJABAT PEGUAM NEGARA
SIARAN AKHBAR
Sabtu, 30hb Ogos 2025
PENDAKWA RAYA V NURUL FITRIA ARNAS
HCCT/14/2023
Pada 25hb Ogos 2025, Mahkamah Tinggi Negara Brunei Darussalam menjatuhkan hukuman penjara
empat tahun ke atas tertuduh Nurul Fitria binti Arnas, seorang warganegara Indonesia berumur 31
tahun, selepas tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan memukul anak damit nya yang baru lahir
dengan cara yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal, iaitu satu kesalahan dibawah
bab 28(1) Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Penggal 219. Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammed
Faisal bin PDJLD (B) DSP Haji Kefli, telah menjatuhkan hukuman tersebut.
Tuduhan tersebut berkaitan dengan kejadian yang berlaku antara malam 29hb Jun dan awal pagi
30hb Jun 2023, apabila tertuduh melahirkan anak damit nya secara rahsia di dalam bilik mandi rumah
majikannya. Dalam keadaan panik dan takut akan diketahui, tertuduh memukul anak damit nya yang
baru lahir tersebut dengan cara yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal iaitu dengan
memukul dada anak damit itu dan menyebabkan anak damit itu tersebut terjatuh beberapa kali di
atas kepalanya. Anak damit tersebut kemudiannya ditemui oleh majikannya. Bedah siasat
mencatatkan kecederaan luaran dan dalaman, walaupun punca sebenar kematian tidak dapat
dipastikan.
Tertuduh telah datang ke Negara Brunei Darussalam pada sekitar bulan Mac 2023 untuk bekerja
sebagai pembantu rumah, setelah menyembunyikan kehamilannya semasa proses permohonan
dengan menyerahkan sampel air kencing orang lain semasa pemeriksaan kesihatan.
Tertuduh pada asalnya didakwa dengan cubaan membunuh di bawah bab 307(1)(a) Kanun
Hukuman Jenayah. Susulan representasi perundangan, satu tuduhan alternatif di bawah Akta KanakKanak dan Orang Muda telah dibuat pada 26 Julai 2025, yang mana tertuduh mengaku bersalah di
bawah bab 28 Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, hukuman maksimum bagi kesalahan ini adalah
denda tidak melebihi $20,000, penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun dengan atau
tanpa sebat tidak melebihi 10 kali sebatan, atau kedua-duanya sekali.
Dalam menjatuhkan hukuman, Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal menekankan bahawa
kesalahan terhadap anak damit yang baru lahir perlu ditangani dengan serius, dengan menyatakan
bahawa mangsa sedemikian benar-benar tidak berdaya dan sepenuhnya bergantung kepada penjaga
mereka. Mahkamah turut mendapati bahawa tertuduh telah gagal dalam tanggungjawab penjagaan
dan telah menyebabkan anak damit tersebut mengalami tindakan yang berkemungkinan
menyebabkan kecederaan serius. Setelah mengambil kira pengakuan bersalah dan faktor mitigasi
lain, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula pada 10hb Julai 2023, tarikh
tertuduh ditahan reman.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Kiprawi mewakili Pendakwa Raya, manakala Peguam Bela
Nabilah Zainal Abidin dari Yusof Halim Partners mewakili Tertuduh.
-TAMAT-