Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

MAJLIS SAMBUTAN SEMPENA MAULUD NABI SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM ... More


Munirahcopyrightremake.png

SIARAN AKHBAR

 

MAJLIS SAMBUTAN SEMPENA MAULUD NABI SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM, PEJABAT PEGUAM NEGARA TAHUN 1447 HIJRAH / 2025 MASEHI

­­­­­­­­

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 September 2025 – Pejabat Peguam Negara pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi tahun 1447 Hijrah / 2025 Masehi bertempat di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 maulud 3.jpg

​Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, Peguam Negara. Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi, Peguamcara Negara, pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

 maulud 4.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Muhammad Yamin bin Haji Amatali, Penolong Undang-Undang di Pejabat Peguam Negara dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Qari jemputan, Yang Mulia Awang Haji Hazwan bin Haji Salim, Pegawai Pelajaran di Jabatan Pengajian Islam.

 maulud 1.jpg

Majlis diteruskan dengan ceramah khas sempena tema “Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassallam adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawadah Warahmah" yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhamad Waqiyuddin Fakhri bin Haji Damit.

 maulud 2.jpg

Majlis diserikan lagi dengan persembahan Tausyeh dari pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Ahmad Firdaus, Penasihat Undang-Undang, Pejabat Peguam Negara.​


Attachments