ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
PRESS RELEASE
TUESDAY, 28TH OCTOBER 2025
61 -YEAR-OLD WOMAN JAILED FOR DECEIVING ELDERLY VICTIM
PUBLIC PROSECUTOR V WEI FENGHUA
MCCT/BSB/376/2025
The Magistrates’ Court of Bandar Seri Begawan has sentenced Wei Fenghua, 61, to 18 months’ imprisonment for cheating an elderly woman, an offence under section 420 read with section 34 of the Penal Code, Chapter 22. The charge relates to her role in a deceptive act involving a purported blessing ritual. The sentence was handed down on 16 October 2025 before the Honourable Magistrate Abdul Azim bin Haji Othman.
The offence took place on 26 August 2025 outside a supermarket in a commercial area of Bandar Seri Begawan, where the defendant, acting with three unidentified accomplices, approached the 85-year-old victim and deceived her into believing that they could spiritually heal her daughter, who suffers from a mental health condition. The victim was persuaded to bring her valuables for a supposed ritual, during which her cash and jewellery were secretly replaced with bottles of water and packet drinks. The total loss was estimated at B$36,000 in cash and several sets of jewellery, none of which were recovered.
Investigations revealed that the defendant had first entered Brunei in August 2025, during which the offence was committed, and left the country on the same day. She later re-entered Brunei on 14 September 2025 via a flight from Nanning, China, and was arrested upon arrival at Brunei International Airport. The Prosecution described the act as an organised scam, carried out with accomplices who remain at large, noting that the elderly victim had been targeted because of her vulnerability.
In delivering sentence, the Honourable Magistrate Abdul Azim said the offence involved deliberate planning and that deterrence was an important consideration in safeguarding the public interest.
The case was prosecuted by Deputy Public Prosecutor Nurul Fitri binti Kiprawi.
-END-
TERJEMAHAN
Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadap Wei Fenghua, wanita berumur 61 tahun, atas kesalahan menipu seorang warga emas, suatu kesalahan di bawah bab 420 dibaca bersama bab 34 dari Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22. Pertuduhan tersebut berkaitan dengan peranannya dalam perbuatan memperdaya yang kononnya mengadakan upacara keugamaan. Hukuman tersebut dijatuhkan pada 16 Oktober 2025 di hadapan Yang Arif Majistret Abdul Azim bin Haji Othman.
Kesalahan itu berlaku pada 26 Ogos 2025 di luar sebuah pasar raya di kawasan komersil Bandar Seri Begawan, yang defendan, bertindak bersama tiga rakan subahat yang belum ditangkap, menghampiri seorang wanita berumur 85 tahun dan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa mereka boleh menyembuhkan anak perempuannya secara rohani, yang mengalami masalah kesihatan mental. Mangsa telah dipujuk untuk membawa barangan berharganya bagi tujuan upacara yang sepatutnya diadakan, yang pada masa tersebut wang tunai dan barang kemasnya telah ditukar tanpa diketahuinya dengan botol air dan minuman paket. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak B$36,000 dalam bentuk wang tunai dan beberapa set barang kemas, yang kesemuanya tidak dapat dijumpai.
Siasatan mendedahkan bahawa defendan pertama kali memasuki Negara Brunei Darussalam pada Ogos 2025, iaitu pada masa kesalahan itu dilakukan, dan telah meninggalkan negara ini pada hari yang sama. Dia kemudiannya masuk semula ke Negara Brunei Darussalam pada 14 September 2025 melalui penerbangan dari Nanning, China, dan ditangkap sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Pihak Pendakwa memerihalkan perbuatan itu sebagai penipuan (scam) terancang, yang dilakukan bersama rakan subahat yang masih bebas, dengan menekankan bahawa mangsa warga emas itu telah menjadi sasaran kerana mudah terperdaya.
Semasa menjatuhkan hukuman, Yang Arif Majistret Abdul Azim menyatakan bahawa kesalahan tersebut melibatkan perancangan terlebih dahulu, dan bahawa pencegahan amat penting untuk dipertimbangkan bagi melindungi kepentingan orang ramai.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi.
-TAMAT-