ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
PRESS RELEASE
SATURDAY, 15TH NOVEMBER 2025
THE LAW MINISTERS REAFFIRMS COMMITMENT TO UPHOLD THE RULE OF
LAW THROUGH LEGAL COOPERATION


The Honourable Attorney General, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji
Muhammed Taib led the country’s delegation of officers from the Attorney General’s
Chambers to the 13th ASEAN Law Ministers Meeting (ALAWMM) and related meeting held
on 14th and 15th November 2025 in Manila, the Republic of the Philippines.
The 13th ALAWMM was officiated by the President of the Republic of the Philippines, His
Excellency Ferdinand Romualdez Marcos Jr. In his keynote address, His Excellency
highlighted the historic signing of the ASEAN Treaty on Extradition as a landmark
achievement in ensuring accountability across borders. He further called for stronger
cooperation to confront emerging challenges, including cybercrime and the legal
implications of artificial intelligence. His Excellency also reaffirmed ASEAN’s unity and
commitment to upholding the rule of law as the foundation of regional peace and stability.
The 13th ALAWMM was chaired by His Excellency Frederick A. Vida, Acting Secretary of
Justice of the Republic of the Philippines, and attended by the Law Ministers and Attorneys
General of ASEAN Member States as well as the Secretary-General of ASEAN, His Excellency
Dr. Kao Kim Hourn.
The Meeting reviewed the work progress in the area of law and legal cooperation since the
12th ALAWMM. Particularly, the completion of the negotiation of the ASEAN Treaty on
Extradition and its signing on 14th November 2025, signified a significant landmark in legal cooperation for combating transnational crime, strengthening the rule law and justice.
Further, the adoption of the Joint Statement by ASEAN Law Ministers on International
Commercial Arbitration and Mediation Development at the ASEAN Law Forum 2025 by the
ASEAN Law Ministers, on 21st August 2025, in Kuala Lumpur, Malaysia, was another
important milestone in the work on advancing international commercial arbitration and
mediation. The Meeting also noted the successful implementation of the ASEAN Community
Vision 2025 and its associated Blueprints, as well as progress in the harmonisation of trade
laws, strengthening ASEAN’s capacity on crime prevention and criminal justice, and mutual
legal assistance in civil and commercial matters, and the collaborative work with other
ASEAN Sectoral Ministerial Bodies in the realisation of the ASEAN community and rules
based agenda.
Reflecting upon ALAWMM’s achievements over the last decade, the Honourable Attorney
General highlighted that the collective efforts have strengthened ASEAN’s legal architecture
through the development of important legal instruments such as the Model ASEAN
Extradition Treaty and thereafter the legally binding ASEAN Treaty on Extradition. She
underlined that the ASEAN Treaty on Extradition is more than a legal instrument; it is a
manifestation of ASEAN’s shared trust and unity in upholding the rule of law and promoting
accountability across borders. Together with the Treaty of Mutual Legal Assistance in
Criminal Matters (MLAT), it strengthens ASEAN’s regional legal framework in combating
transnational crime and fostering a rules-based regional order.
In moving forward with the ASEAN Community Vision 2045, she underscored that
ALAWMM’s tasks to ensure ASEAN’s legal cooperation continues to evolve, responsive to
innovation, adaptive to change including in artificial intelligence (AI), and unwavering in its
pursuit of peace and justice.
The ALAWMM takes place every two years and is a key forum with the mandate to address
all
matters pertaining to legal cooperation and implement the decisions and
recommendations of the ASEAN Summit and the ASEAN Political-Security Council, in support of ASEAN integration initiatives. A Joint Communique’ was adopted by the Law
Ministers as an outcome document of the Meeting.
The 14th ALAWMM and the 26th ASLOM will be hosted by Singapore in 2027.
On the sideline of the 13th ALAWMM, the Honourable Attorney General attended the first
ASEAN Law Ministers Meeting with Japan (ALAWMM – Japan) convened on 15th November
2025 in Manila, the Philippines. The first ALAWMM – Japan marked an important elevation
of cooperation and partnership between ASEAN and Japan in the field of law and justice to a
higher level. The Meeting commended the initiatives and activities to implement the ASEAN
Japan Work Plan on Law and Justice. It was acknowledged that these collective efforts would
create greater cooperation in the field of law and justice, and enhance crime prevention on a
transnational level, capacity building, and mutual legal assistance.
-END-
TERJEMAHAN
MENTERI-MENTERI UNDANG-UNDANG MENEGASKAN SEMULA KOMITMEN
UNTUK MENEGAKKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG MELALUI
KERJASAMA PERUNDANGAN
Yang Berhormat Peguam Negara, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor
Hashimah binti Haji Muhammed Taib mengetuai delegasi negara yang terdiri
daripada pegawai-pegawai Pejabat Peguam Negara ke Mesyuarat Menteri
Menteri Undang-Undang ASEAN kali ke-13 (ALAWMM) dan mesyuarat
berkaitan yang diadakan pada 14hb dan 15hb November 2025 di Manila,
Republik Filipina.
ALAWMM kali ke-13 dirasmikan oleh Presiden Republik Filipina, Tuan Yang
Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr. Semasa menyampaikan ucaptama,
Tuan Yang Terutama menekankan bahawa pemeteraian bersejarah Triti
ASEAN mengenai Ekstradisi merupakan pencapaian penting dalam
memastikan akauntabiliti merentasi sempadan. Tuan Yang Terutama turut
menyeru agar kerjasama diperkukuhkan bagi menghadapi cabaran baharu,
termasuk jenayah siber dan implikasi undang-undang berkaitan kecerdasan
buatan (AI). Tuan Yang Terutama juga menegaskan semula perpaduan ASEAN serta komitmen untuk menegakkan kedaulatan undang-undang sebagai asas
kepada keamanan dan kestabilan serantau.
ALAWMM kali ke-13 dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Frederick A.
Vida, Pemangku Setiausaha Keadilan Republik Filipina, dan dihadiri oleh
Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara bagi Negara-Negara Anggota
ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dr. Kao Kim
Hourn.
Mesyuarat meninjau kemajuan kerja dalam bidang kerjasama undang-undang
dan perundangan sejak ALAWMM ke-12. Khususnya, penyelesaian
perundingan ke atas Triti ASEAN mengenai Ekstradisi dan
penandatanganannya pada 14hb November 2025, menandakan pencapaian
penting dalam kerjasama undang-undang demi membanteras jenayah
transnasional, mengukuhkan kedaulatan undang-undang dan keadilan. Selain
itu, pengesahan Kenyataan Bersama oleh Menteri-Menteri Undang-Undang
ASEAN mengenai Pembangunan Timbang Tara dan Mediasi Komersil
Antarabangsa pada Forum Undang-Undang ASEAN 2025, pada 21hb Ogos 2025
di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan satu lagi pencapaian penting dalam
usaha memajukan timbang tara dan mediasi komersil antarabangsa. Mesyuarat
itu juga menyatakan kejayaan pelaksanaan Visi Komuniti ASEAN 2025 dan
Blueprints yang berkaitan, serta kemajuan dalam penyelarasan undang-undang
perdagangan, pengukuhan kapasiti ASEAN dalam pencegahan jenayah dan
keadilan jenayah, dan bantuan undang-undang timbal balik dalam hal sivil dan
komersil, serta kerjasama dengan Badan Menteri-Menteri Sektoral ASEAN lain
dalam merealisasikan komuniti ASEAN dan agenda berasaskan peraturan.
Mengimbas pencapaian ALAWMM selama dekad yang lalu, Yang Berhormat
Peguam Negara menegaskan bahawa usaha kolektif telah memperkukuh
struktur undang-undang ASEAN melalui pembangunan instrumen-instrumen
undang-undang penting seperti Model Triti ASEAN mengenai Ekstradisi dan
seterusnya Triti ASEAN mengenai Ekstradisi yang mengikat dari segi undang
undang. Yang Berhormat Peguam Negara juga menegaskan bahawa Triti
ASEAN mengenai Ekstradisi lebih daripada sekadar instrumen undang
undang; ia adalah manifestasi kepercayaan dan perpaduan ASEAN dalam
mempertahankan kedaulatan undang-undang dan menggalakkan akauntabiliti
merentasi sempadan. Bersama Treaty of Mutual Legal Assistance in Criminal
Matters (MLAT), ia mengukuhkan rangka kerja undang-undang serantau
ASEAN dalam membanteras jenayah transnasional dan memupuk tataan
serantau berasaskan peraturan.
Dalam langkah ke hadapan dengan Visi Komuniti ASEAN 2045, Yang Berhormat
Peguam Negara menekankan bahawa tugas ALAWMM untuk memastikan
kerjasama undang-undang ASEAN terus berkembang, responsif terhadap
inovasi, menyesuaikan diri dengan perubahan termasuk dalam bidang
kecerdasan buatan (AI), dan tidak goyah dalam usaha mencapai keamanan dan
keadilan.
ALAWMM diadakan setiap dua tahun dan merupakan forum utama dengan
mandat untuk membincangkan semua perkara berkaitan kerjasama undang
undang, serta melaksanakan keputusan dan cadangan Sidang Kemuncak
ASEAN dan Majlis Politikal-Sekuriti ASEAN sebagai sokongan kepada inisiatif
integrasi ASEAN. Sebuah Kenyataan Bersama telah disahkan oleh Menteri
Menteri Undang-Undang sebagai dokumen hasil Mesyuarat.
ALAWMM ke-14 dan ASLOM ke-26 akan dihoskan oleh Singapura pada tahun
2027.
Semasa sidang ALAWMM ke-13, Yang Berhormat Peguam Negara juga turut
menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang ASEAN yang pertama
dengan Jepun (ALAWMM - Jepun) yang diadakan pada 15hb November 2025 di
Manila, Filipina. Mesyurarat ALAWMM - Jepun pertama menandakan
peningkatan penting dalam kerjasama dan perkongsian antara ASEAN dan
Jepun dalam bidang undang-undang dan keadilan ke tahap yang lebih tinggi.
Mesyuarat telah memuji inisiatif dan aktiviti bagi melaksanakan Rangka Kerja
ASEAN-Jepun mengenai Undang-Undang dan Keadilan. Telah diakui bahawa
usaha bersama ini akan mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam bidang
undang-undang dan keadilan, serta meningkatkan pencegahan jenayah pada
peringkat transnasional, pembangunan kapasiti, dan bantuan perundangan
bersama.
-TAMAT-