Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

BASIC PROSECUTION TRAINING COURSE 2026

MunirahAGC.png


ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
PRESS RELEASE
WEDNESDAY, 7TH JANUARY 2026

BASIC PROSECUTION TRAINING COURSE 2026

BPTC- Group Photo.jpegdownload.jpg 


On 7 January 2026, The Honourable Datin Seri Paduka Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, Attorney General and Public Prosecutor officiated the Opening Ceremony of the Basic Prosecution Training Course, a two-day course organised by the Criminal Justice Division of the Attorney General's Chambers. 

In her Welcoming Address, The Honourable Datin Seri Paduka Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib highlighted that prosecutors play a central role in upholding justice and emphasised the importance to act in the public interest, make decisions fairly and independently, in accordance with the law and based on facts that can be proven by admissible evidence. 

The Basic Prosecution Training Course is designed to strengthen participants’ professional competence and advocacy skills through structured and practical training. The course incorporates the Hampel Advocacy training method, which will be utilised for the first time in the training of prosecuting officers from law enforcement agencies, enabling participants to learn through demonstration, guided practice, and structured feedback to enhance courtroom advocacy skills. 

The course was attended by 41 officers from the Attorney General’s Chambers, Royal Brunei Armed Forces, Royal Brunei Police Force, Narcotics Control Bureau, Immigration and National Registration Department, Royal Customs and Excise Department, Revenue Division of the Ministry of Finance and Economy, Department of Labour and Tabung Amanah Pekerja. 

-END-



Terjemahan


KURSUS LATIHAN ASAS PENDAKWAAN 2026

Pada 7 Januari 2026, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, Peguam Negara dan Pendakwa Raya telah merasmikan Majlis Pembukaan Kursus Latihan Asas Pendakwaan, kursus selama dua hari yang dianjurkan oleh Bahagian Keadilan Jenayah, Pejabat Peguam Negara.

Dalam ucapan alu-aluan, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib menekankan bahawa pendakwa-pendakwa memainkan peranan penting dalam menegakkan keadilan dan menegaskan kepentingan untuk bertindak demi kepentingan awam, membuat keputusan dengan adil dan bebas, selaras dengan undang-undang serta berdasarkan fakta yang boleh dibuktikan melalui keterangan yang boleh diterima.

Kursus Latihan Asas Pendakwaan tersebut direka untuk mengukuhkan kecekapan profesional dan kemahiran advokasi para peserta melalui latihan yang berstruktur dan praktikal. Kursus tersebut menggabungkan kaedah latihan Hampel Advocacy, yang akan digunakan buat pertama kali dalam latihan pegawai pendakwa daripada agensi penguatkuasaan undang-undang, membolehkan para peserta belajar melalui demonstrasi, latihan berpandu, serta maklum balas berstruktur bagi meningkatkan kemahiran advokasi di mahkamah.

Sebanyak 41 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kursus tersebut, termasuk pendakwa-pendakwa Pejabat Peguam Negara, pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Bahagian Hasil Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Jabatan Buruh dan Tabung Amanah Pekerja.

-TAMAT-




Attachments