Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ PEJABAT PEGUAM ...More

Logo Rasmi Pejabat Peguam Negara - small.png 

SIARAN AKHBAR

 

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ PEJABAT PEGUAM NEGARA BAGI TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI PEJABAT PEGUAM NEGARA

 

IMG_5296.jpg (1).jpg 

­­­­­­­­IMG_5302.jpg (1).jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 21 Jan 2026 – Pejabat Peguam Negara mengadakan majlis sambutan Isra' Mi'raj bagi tahun 1447 Hijrah di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha petang ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhomat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah Binti Haji Mohammed Taib. Turut sama hadir, Peguamcara Negara, Yang Mulia Dayang Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi dan pegawai serta kakitangan Pejabat Peguam Negara.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran yang disampaikan oleh Yang Mulia Abdul Qawiyyel Azeez bin Haji Abdul Rajid. Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk “Dari Sembahyang Menuju Cemerlang" disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Safwan bin Mohd Suffian.

 

Majlis merupakan salah satu aktiviti tahunan Pejabat ini dalam sama-sama menyemarakkan sambutan hari Kebesaran Islam, iaitu peristiwa bersejarah Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

 

IMG_5310.jpg (1).jpg

 IMG_5312 (1).jpg

-TAMAT-

 

 


Attachments