Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

COMMONWEALTH LAW MINISTERS MEETING 2026 ... More

Munirahcopyrightremake.png

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
PRESS RELEASE
THURSDAY, 12TH FEBRUARY 2026
COMMONWEALTH LAW MINISTERS MEETING 2026

0782728a-a4da-42a2-939b-60ddfb9c49b6.jpg1746f849-352f-4968-aab6-6a3310c5cb5d.jpg 2fdb40d0-1fb0-474b-948f-5aba8056daf8.jpg

The Commonwealth Law Ministers Meeting (CLMM), 2026 was held from 9th to 12th February 2026 in Nadi, Republic of Fiji, attended by The Honourable Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, with senior officials from the Attorney General’s Chambers.

The CLMM Meeting was officially opened by the Prime Minister of the Republic of Fiji, The Honourable Sitiveni Ligamamada Rabuka. In his opening remarks, he acknowledged amongst others, the shared commitment of the Commonwealth Law Ministers to strengthen the rule of law across the member countries of the Commonwealth and the importance of the deliberations and measures to be introduced, in order to ensure that justice is dependable, institutions are strong, and laws serve not only those who understand them best, but those who rely upon them the most. This is most important in an era when climate, security, and human mobility are increasingly intertwined. The Honourable Siromi Turaga, the Minister for Justice and Acting Attorney General of the Republic of Fiji, chaired the CLMM Meeting with the support of the Secretary-General of the Commonwealth, The Honourable Shirley Botchwey.

The theme of this year’s Meeting was “Anchoring Justice in a Changing Tide: Strengthening the Rule of Law for a Resilient Future” provided a platform for Commonwealth member countries to discuss how justice systems can remain resilient and responsive in the face of evolving global challenges.

In her intervention, The Honourable Datin Seri Paduka Hjh Nor Hashimah noted that the Meeting’s theme was timely in addressing evolving global challenges and stressed the importance of ensuring justice systems remain adaptable, inclusive and responsive. On Justice and Artificial Intelligence, the Honourable Attorney General further highlighted the need to keep pace with rapidly advancing technologies while safeguarding due process and the rule of law, supported by ongoing national efforts including the development of an AI strategy, governance and ethics guidance, judicial guidelines on the responsible use of generative AI and the recent enactment of the Personal Data Protection Order, 2025.​

Discussions covered a wide range of topics, including democratic resilience and the rule of law, model laws on suppression orders, military justice, stable coins, and digital trade; legal responses to misinformation and disinformation; Commonwealth legal resources; justice and artificial intelligence; marine boundaries and sea level rise. third-party funding in dispute resolution; asset recovery; rehabilitation through legal education in prisons; model contracts; and the protection of vulnerable groups. The topics and deliberations reflected the importance advancements, particularly in technology, and the need to ensure that the rule of law to remains steadfast and not drift with every challenge but instead remain certain and thereby preserve the public confidence.

Law Ministers also adopted the Nadi Declaration on Democratic Resilience and Participation which serves as a framework for advancing democratic resilience through good governance, the promotion of human rights and respect for the rule of law.

The Commonwealth Law Ministers’ meeting is held biennially and provides a platform for Law Ministers and Attorneys General to share best practices and strengthen collaboration among countries with a common legal tradition on a broad range of issues including the role​ of technology in the delivery of justice; model laws and contracts; legal reform tools; and stronger protections of fundamental rights.

-END-



TERJEMAHAN

MESYUARAT MENTERI-MENTERI UNDANG-UNDANG KOMANWEL 2026

Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel (The Commonwealth Law Ministers Meeting - CLMM), 2026 telah diadakan pada 9hb hingga 12hb Februari 2026 di Nadi, Republik Fiji. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib bersama pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Peguam Negara.

Mesyuarat CLMM telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Republik Fiji, Yang Berhormat Tuan Sitiveni Ligamamada Rabuka. Dalam ucapan perasmiannya, beliau antara lain menekankan komitmen bersama Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel untuk memperkukuhkan kedaulatan undang-undang di seluruh negara-negara anggota Komanwel serta kepentingan bersama pertimbangan dan langkah-langkah yang akan diperkenalkan bagi memastikan bahawa keadilan diyakini, institusi-institusi kukuh, dan undang-undang yang bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang memahaminya, tetapi juga bagi mereka yang bergantung kepadanya. Perkara ini amat penting dalam era yang mana isu perubahan iklim, keselamatan, dan mobiliti manusia semakin saling berkait rapat. Mesyuarat CLMM telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Siromi Turaga, Menteri Kehakiman dan Pemangku Peguam Negara Republik Fiji, dengan sokongan Setiausaha Agung Komanwel, Yang Berhormat Puan Shirley Botchwey.

Tema Mesyuarat pada tahun ini ialah “Anchoring Justice in a Changing Tide: Strengthening the Rule of Law for a Resilient Future” telah menyediakan platform kepada negara-negara anggota Komanwel untuk membincangkan bagaimana sistem keadilan dapat terus berdaya tahan dan responsif dalam menghadapi cabaran global yang sentiasa berkembang.

Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hjh Nor Hashimah dalam intervensi beliau menyatakan bahawa tema Mesyuarat adalah bertepatan dalam menangani cabaran global yang sentiasa berkembang dan menekankan kepentingan sistem keadilan yang sentiasa boleh disesuaikan, inklusif dan responsif. Berhubungan dengan keadilan dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligent – AI), Yang Berhormat Peguam Negara turut menekankan keperluan untuk seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat, disamping memastikan pemeliharaan proses sewajarnya dan kedaulatan undang-undang, disokong oleh inisiatif berterusan diperingkat kebangsaan termasuk pembangunan strategi AI, panduan tadbir urus dan etika, garis panduan kehakiman mengenai penggunaan AI generatif secara bertanggungjawab serta penggubalan Perintah Perlindungan Data Peribadi, 2025 yang baru dikuatkuasakan.

Perbincangan mesyuarat merangkumi pelbagai topik, termasuk ketahanan demokrasi dan kedaulatan undang-undang, model undang-undang berkaitan dengan perintah larangan penyiaran (supression orders), keadilan ketenteraan, stable coins, dan perdagangan digital; respons perundangan terhadap maklumat palsu dan maklumat tidak benar; sumber perundangan Komanwel; keadilan dan kecerdasan buatan; sempadan maritim dan kenaikan paras laut, pembiayaan pihak ketiga dalam penyelesaian pertikaian; pemulihan aset; pemulihan melalui pendidikan undang-undang di penjara; kontrak model; serta perlindungan golongan yang terjejas (vulnerable groups). Topik dan perbincangan tersebut mencerminkan kepentingan kemajuan, khususnya dalam bidang teknologi, serta keperluan memastikan kedaulatan undang-undang kekal teguh dan tidak terumbang-ambing dengan setiap cabaran, sebaliknya kekal pasti demi memelihara keyakinan awam.

Menteri-Menteri Undang-Undang turut menerima pakai Nadi Declaration on Democratic Resilience and Participation yang berfungsi sebagai rangka untuk memperkukuh ketahanan demokrasi melalui tadbir urus yang baik, mempromosi hak asasi manusia serta menghormati kedaulatan undang-undang.

Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel diadakan secara dwitahunan dan menyediakan platform kepada Menteri-Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara untuk berkongsi amalan terbaik serta memperkukuhkan kerjasama antara negara-negara yang berkongsi tradisi perundangan yang sama dalam pelbagai isu termasuk peranan teknologi dalam penyampaian keadilan; undang-undang dan kontrak model; alat pembaharuan undang-undang; serta pengukuhan perlindungan hak-hak asasi.


-TAMAT-




Attachments