Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

MAHKAMAH TINGGI MEMBENARKAN PERLUCUTAN HAK BERNILAI ... More

PEJABAT PEGUAM NEGARA & BIRO KAWALAN NARKOTIK 

​SIARAN AKHBAR BERSAMA 19HB MEI 2026

MAHKAMAH TINGGI MEMBENARKAN PERLUCUTAN HAK BERNILAI B$143,274.40​

​PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMMAD FAIZAN BIN AHMAD (RESPONDEN 1) DAN ATIN SUPRIHATIN (RESPONDEN 2)

Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan Pendakwa Raya di bawah Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah, 2012 (CARO) bagi perlucutan hak wang tunai dan harta bernilai keseluruhan B$143,274.40 yang dimiliki oleh dua individu.

Mohammad Faizan bin Ahmad dan isterinya, Atin Suprihatin telah ditangkap oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) pada 15hb September 2020 kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang dikendalikan oleh keluarga, yang berjaya ditumpaskan oleh BKN melalui operasi yang dikenali sebagai “Musang King”. Susulan penangkapan tersebut, wang tunai, barang kemas emas dan kenderaan telah dirampas kerana disyaki diperoleh dengan menggunakan hasil aktiviti pengedaran dadah. 

Siasatan BKN mendapati bahawa Mohammad Faizan bin Ahmad terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah dan memperoleh bekalan dadah daripada ahli keluarganya yang telah pun didakwa dan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas kesalahan memiliki Methylamphetamine, iaitu dadah terkawal Kelas A, bagi tujuan pengedaran yang bertentangan dengan bab 3A Akta Penyalahgunaan Dadah serta bagi kesalahan pembersihan wang haram di bawah bab 3 CARO. 

 Mohammad Faizan dan isterinya juga didapati telah sengaja mengambil langkah untuk menyembunyikan aset mereka dengan mengagihkannya kepada ahli keluarga yang dipercayai serta individu yang mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut, sebagai usaha untuk mengelakkan aset berkenaan daripada dikesan dan dirampas. 

Timbalan Pendakwa Raya, Syafina Abdul Hadzid dan Mohammad Syafi’e Habibuallah Edi Mirhan telah memohon bagi perlucutan hak tersebut. Kedua-dua Responden tidak membantah permohonan berkenaan. 

Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar Haji Abdullah Soefri bin POKSM DSP Haji Abidin mengisytiharkan harta yang dirampas tersebut sebagai harta tercemar di bawah CARO dan memerintahkan agar ia dilucutkan hak kepada Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Perintah perlucutan hak ini merupakan kejayaan besar pertama yang terhasil daripada operasi “Musang King” dan menandakan satu pencapaian penting dalam usaha mengekang hasil kewangan daripada aktiviti pengedaran dadah. 

BKN ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan sebarang penglibatan dalam aktiviti berkaitan penyembunyian hasil yang diperoleh daripada kegiatan jenayah. Ini termasuk memegang aset bagi pihak orang lain, khususnya individu yang latar belakang dan sumber kewangannya tidak jelas. 

BKN akan terus mempergiatkan operasi menentang sindiket dadah di Negara Brunei Darussalam. 


- TAMAT -​

Terjemahan


ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS & NARCOTICS CONTROL BUREAU

JOINT PRESS RELEASE 19TH MAY 2026

HIGH COURT GRANTS B$143,274.40 FORFEITURE PUBLIC PROSECUTOR V MOHAMMAD FAIZAN BIN AHMAD (RESPONDENT 1) AND ATIN SUPRIHATIN (RESPONDENT 2)


The Public Prosecutor’s application under the Criminal Asset Recovery Order, 2012 (CARO) for forfeiture of cash and properties amounting to a total value of B$143,274.40 belonging to two individuals was granted by the High Court. 

The Narcotics Control Bureau (NCB) arrested Mohammad Faizan bin Ahmad and his wife, Atin Suprihatin, on 15th September 2020 for their suspected involvement in a family-run drug trafficking syndicate, which was dismantled by the NCB through an operation known as “Musang King”. Following their arrests, cash, gold jewellery and vehicles were seized on suspicion that they were acquired using proceeds of drug trafficking activities. 

 NCB investigations revealed that Mohammad Faizan bin Ahmad was actively involved in drug trafficking and had obtained his drug supply from family members who have since been prosecuted and are currently on trial in the High Court for possession of Methylamphetamine, class A controlled drug, for the purpose of trafficking, contrary to section 3A of the Misuse of Drugs Act and for money laundering offences under section 3 of CARO. 

Both Mohammad Faizan and his wife were also found to have taken deliberate steps to conceal their assets by distributing them among trusted family members and individuals linked to the syndicate, in an attempt to prevent the assets from being detected and seized.

Deputy Public Prosecutors Syafina Abdul Hadzid and Mohammad Syafi’e Habibuallah Edi Mirhan applied for the forfeiture. Both Respondents did not contest the application. 

The Honourable Judicial Commissioner of the Supreme Court Haji Abdullah Soefri bin POKSM DSP Haji Abidin declared the seized properties as tainted properties under CARO and ordered their forfeiture to the Government of Brunei Darussalam. This forfeiture order represents the first major breakthrough arising from the “Musang King” operation and marks a significant milestone in efforts to disrupt the financial proceeds of drug trafficking activities. 

NCB would like to remind members of the public to remain vigilant and avoid any involvement in activities related to the concealment of proceeds derived from criminal activities. This includes holding assets on behalf of other parties, particularly persons whose background and source of funds are unclear. 

NCB will continue to intensify operations against drug syndicates in Brunei.

- END -​




Attachments