MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA PEJABAT PEGUAM NEGARA BAGI TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Mei 2026 – Pejabat Peguam Negara mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha petang ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Peguamcara Negara, Yang Mulia Dayang Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi, bersama pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.
Majlis diserikan dengan laungan takbir Hari Raya Aidiladha yang disertai oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Pejabat Peguam Negara dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan pegawai dan kakitangannya.
-TAMAT-