Skip Ribbon Commands
Skip to main content

AGC Latest News

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun 2026 – Pejabat Peguam Negara mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 ... More

Munirahcopyrightremake.png

SIARAN AKHBAR

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun 2026 – Pejabat Peguam Negara mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, petang ini.​

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah Binti Haji Muhammed Taib.

Majlis tersebut  mendengar  bacaan ayat suci Al-Quran, iaitu Ayat 41 – 50, Surah An-Nahl oleh Yang Mulia Pg Ummi Siti Syazana binti Pg Haji Marjuki, Johan Qariah bagi Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447H/2026M. Majlis diteruskan dengan ceramah yang bertajuk “Hijrah Penyelamat Aqidah" yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Siti Juhaidah binti Haji Bujang, Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah.   

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 tersebut merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Pejabat Peguam Negara  bertujuan bagi meraikan awal tahun Hijrah dan  disamping itu juga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

IMG_0753.JPG IMG_0732.JPG IMG_0746.JPG


Attachments