ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS & ROYAL BRUNEI POLICE FORCE
JOINT PRESS RELEASE
9TH JULY 2026
PUBLIC PROSECUTOR V JAHIR HUSSAIN AMANULLAH
The Defendant, Jahir Hussain Amanullah, a 51-year-old Indian national, pleaded guilty on
25th June 2026 to a charge under section 3(1)(a) of the Criminal Asset Recovery Order
(CARO), 2012 before the Honourable Magistrate Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul
Rahman. The charge concerned the delivery of cash totaling B$ 230,000, which the
Defendant failed to take reasonable steps to ascertain were proceeds of crime. A further
similar offence involving B$ 219,000 was taken into consideration for sentencing
purposes pursuant to section 13A of the Criminal Procedure Code. On 2nd July 2026, the
Defendant was sentenced to 2 years’ and 4 months’ imprisonment.
Investigations conducted by the Cybercrime Investigation Division, Criminal
Investigation Department of the Royal Brunei Police Force revealed that the offences
were committed as part of a coordinated cross-border scheme involving multiple
individuals. In carrying out these instructions, the Defendant collected cash from other
individuals at separate locations in Brunei Darussalam, and subsequently handed them
to two Malaysian nationals. In carrying out these instructions, the defendant failed to take
reasonable steps to ascertain the source of the cash, the identities of those involved, or
the purpose of the transactions, despite circumstances that would have prompted a
reasonable person to make further enquiries. Investigations further revealed that the
cash, constituted as proceeds of crime and was subsequently moved out of Brunei
Darussalam, where it remains unrecovered.
In sentencing the Defendant, the Honourable Magistrate observed that although he did
not organise the scheme or benefit from the proceeds, his role as a courier was essential
to moving the illicit funds. The court found that his complete failure to make any enquiries
into the source of the cash reflected a serious disregard for his responsibilities under the
law, and that collecting cash from separate locations before delivery to foreign nationals
showed a planned, coordinated operation rather than an isolated act. Given the
substantial sum involved and the cross-border movement of funds, the court held that
general deterrence carried considerable weight. Members of the public are reminded to
exercise due diligence and make reasonable enquiries when asked to handle or deliver
cash or valuables on behalf of others, particularly where the source, purpose, or parties
involved are unclear.
Deputy Public Prosecutor Syafina Abd Hadzid appeared for the Public Prosecutor.
-END-
TERJEMAHAN
PEJABAT PEGUAM NEGARA & PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
SIARAN AKHBAR BERSAMA
9 JULAI 2026
PENDAKWA RAYA LWN JAHIR HUSSAIN AMANULLAH
Defendan, Jahir Hussain Amanullah, seorang warganegara India berumur 51 tahun, telah
mengaku bersalah pada 25 Jun 2026 atas satu pertuduhan di bawah bab 3(1)(a) Perintah
Mendapatkan Kembali Aset Jenayah, (CARO), 2012) di hadapan Yang Arif Majistret
Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman. Pertuduhan tersebut berkaitan dengan
penghantaran wang tunai berjumlah sebanyak B$230,000, yang mana Defendan gagal
mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan sama ada wang tunai tersebut
merupakan hasil kegiatan jenayah. Satu lagi kesalahan yang serupa melibatkan wang tunai
berjumlah B$ 219,000 telah diambil kira bagi tujuan hukuman menurut bab 13A dari Kanun
Peraturan Jenayah. Pada 2 Julai 2026, Defendan telah dijatuhi hukuman penjara selama 2
tahun dan 4 bulan.
Siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah,
Pasukan Polis Diraja Brunei mendapati bahawa kesalahan tersebut dilakukan sebagai
sebahagian daripada kegiatan rentas sempadan yang terancang melibatkan beberapa
individu. Bertindak atas arahan seorang individu yang tidak dikenal pasti, Defendan telah
mengutip wang tunai daripada individu-individu lain di lokasi-lokasi berasingan di Negara
Brunei Darussalam dan kemudiannya menyerahkan wang tunai tersebut kepada dua orang
warganegara Malaysia. Semasa melaksanakan arahan tersebut, Defendan gagal mengambil
langkah-langkah munasabah untuk memastikan sumber wang tunai berkenaan, identiti
mereka yang terlibat atau tujuan transaksi itu, walaupun keadaan tersebut sepatutnya mendorong seseorang untuk membuat pertanyaan lanjut. Siasatan selanjutnya mendapati
bahawa wang tunai tersebut, merupakan hasil daripada kegiatan jenayah dan kemudiannya
telah dipindahkan keluar dari Negara Brunei Darussalam, dan sehingga kini masih belum
diperoleh semula.
Dalam menjatuhkan hukuman terhadap Defendan, Yang Arif Majistret menyatakan bahawa
walaupun Defendan tidak merancang kegiatan tersebut atau memperoleh manfaat daripada
hasil kegiatan jenayah berkenaan, peranannya sebagai penghantar wang tunai adalah
penting dalam pergerakan pemindahan dana haram itu. Mahkamah mendapati bahawa
kegagalan Defendan sepenuhnya untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai sumber
wang tunai tersebut mencerminkan pengabaian yang serius terhadap tanggungjawabnya di
sisi undang-undang, dan tindakan mengutip wang tunai dari beberapa lokasi berasingan
sebelum menyerahkannya kepada warganegara asing menunjukkan suatu operasi yang
telah diatur dan dirancang, dan bukannya suatu perbuatan yang berasingan. Memandangkan
jumlah wang yang terlibat adalah besar serta pergerakan pemindahan dana merentas
sempadan, Mahkamah berpendapat pencegahan umum perlu diberikan pertimbangan yang
sewajarnya. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan membuat pertanyaan
yang munasabah apabila diminta untuk mengendalikan atau menghantar wang tunai atau
barang-barang berharga bagi pihak orang lain, khususnya apabila sumber, tujuan atau
pihak-pihak yang terlibat adalah tidak jelas.
Timbalan Pendakwa Raya Syafina Abd Hadzid mewakili pihak Pendakwa Raya.
-TAMAT-