ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS & ROYAL BRUNEI POLICE FORCE
JOINT PRESS RELEASE
9TH JULY 2026
PUBLIC PROSECUTOR V THIAN LI HENG
The Defendant, Thian Li Heng, a Malaysian national, pleaded guilty on 18th June 2026 to
five charges under section 10 read with section 3(1) of the Computer Misuse Act,
punishable under section 9 of the same, before the Honourable Magistrate Muhammad
Qamarul Affyian bin Abdul Rahman. On 1st July 2026, he was sentenced to a total of 6
years’ 8 months imprisonment.
Investigations conducted by the Cyber Crime Investigation Division, Criminal
Investigation Department of the Royal Brunei Police Force revealed that the defendant
acted upon the direction of an unidentified individual based in Malaysia. Pursuant to
those instructions, the Defendant collected Debit Cards in Brunei Darussalam and
subsequently handed them over to other individuals participating in the scheme.
Investigations further established that the Debit Cards were then used by those
individuals to gain unauthorised access to Automated Teller Machines (ATMs) and make
unauthorised withdrawals from the respective bank accounts, resulting in losses totalling
B$8,480. The banks involved provided account and transaction records that assisted in
tracing the unauthorised withdrawals and identifying those involved in the scheme.
In his sentencing remarks, the Honourable Magistrate noted that the Defendant's role
was not merely incidental. By collecting and transferring the Debit Cards for use by other
participants, he played an essential facilitating role in the coordinated cross-border
scheme, as the cards enabled the subsequent unauthorised transactions. Although the
offending did not involve sophisticated technical methods, the Magistrate observed that it demonstrated a degree of sophistication through the coordinated roles performed by
participants across borders. The Magistrate further noted that the offending undermined
public confidence in the security and proper use of electronic banking facilities, as
legitimate banking instruments were diverted and misused for unauthorised
transactions. Given the Defendant's significant role in the completed scheme, the
Magistrate held that the need for general deterrence carried considerable weight in
sentencing.
Deputy Public Prosecutor Emily Goh appeared for the Public Prosecutor.
-END-
TERJEMAHAN
PEJABAT PEGUAM NEGARA & PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
SIARAN AKHBAR BERSAMA
9 JULAI 2026
PENDAKWA RAYA LWN THIAN LI HENG
Defendan, Thian Li Heng, seorang warganegara Malaysia, telah mengaku bersalah pada
18hb Jun 2026 atas lima pertuduhan di bawah bab 10 dibaca bersama bab 3(1)
Akta Penyalahgunaan Komputer, yang boleh dihukum di bawah bab 9 Akta yang sama,
di hadapan Yang Arif Majistret Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.
Pada 1hb Julai 2026, Defendan telah dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun 8 bulan
secara keseluruhan.
Siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah,
Pasukan Polis Diraja Brunei mendedahkan bahawa Defendan bertindak atas arahan
seorang individu yang tidak dikenal pasti yang berpangkalan di Malaysia. Menurut arahan
tersebut, Defendan telah mengumpulkan Kad-Kad Debit di Negara Brunei Darussalam
dan kemudiannya menyerahkan kad-kad tersebut kepada individu-individu lain yang
terlibat dalam kegiatan berkenaan. Siasatan lanjut mendapati bahawa Kad-Kad Debit
tersebut kemudiannya digunakan oleh individu-individu berkenaan untuk memperoleh
akses tanpa kebenaran ke Mesin Teler Automatik (ATM) dan membuat pengeluaran wang
tanpa kebenaran daripada akaun-akaun bank yang berkenaan, mengakibatkan kerugian
berjumlah B$ 8,480. Bank-bank yang terlibat telah menyediakan rekod akaun dan
transaksi yang membantu dalam mengesan pengeluaran wang tanpa kebenaran tersebut
serta mengenal pasti individu-individu yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.
Dalam menjatuhkan hukuman, Yang Arif Majistret menyatakan bahawa peranan
Defendan bukanlah sekadar bersifat sampingan. Dengan mengumpulkan dan
menyerahkan kad-kad debit untuk digunakan oleh pihak-pihak lain, Defendan telah
memainkan peranan penting dalam memudahkan pelaksanaan kegiatan rentas
sempadan yang terancang, memandangkan kad-kad tersebut membolehkan transaksi
transaksi susulan tanpa kebenaran dilakukan. Walaupun kesalahan itu tidak melibatkan
kaedah teknikal yang canggih, Yang Arif Majistret berpendapat bahawa kegiatan tersebut
menunjukkan tahap perancangan tertentu melalui peranan-peranan yang dilaksanakan
oleh pihak-pihak merentas sempadan secara tersusun. Yang Arif Majistret seterusnya
menyatakan bahawa kesalahan tersebut telah menjejaskan keyakinan orang ramai
terhadap keselamatan dan penggunaan kemudahan perbankan elektronik yang
sewajarnya, memandangkan instrumen perbankan yang sah telah dialihkan dan
disalahgunakan bagi tujuan menjalankan transaksi tanpa kebenaran. Memandangkan
peranan penting Defendan dalam perlaksanaan kegiatan tersebut, Yang Arif Majistret
berpendapat bahawa keperluan pencegahan umum perlu diberikan pertimbangan
sewajarnya dalam menjatuhkan hukuman.
Timbalan Pendakwa Raya Emily Goh mewakili pihak Pendakwa Raya.
-TAMAT-