PRESS RELEASE
TUESDAY, 10th NOVEMBER 2026
WARDI BIN HAJI MOHD ALI
V
PUBLIC PROSECUTOR

The High Court upheld the conviction of Awang Wardi bin Hj Mohd Ali, who served as a Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Primary Resources and Tourism (MPRT) for abusing his position to obtain benefits from hotels under the Ministry’s oversight.

Evidence presented at trial established that, between June 2020 and February 2021, the Appellant had repeatedly stayed at two local hotels without making payment upon checkout, bypassing the hotels’ established booking and payment procedures. His outstanding bills accumulated to approximately B$5,000, which he only settled after investigations by the Anti-Corruption Bureau commenced. The trial Magistrate found that while the outstanding debts remained unpaid, the Appellant abused his official position to confer benefits on the hotels, including facilitating expedited inspections and approvals, and improperly disclosed confidential government information to a hotel owner whose business interests were connected to MPRT. On appeal, The Honourable Judicial Commissioner Dato Paduka Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin upheld the convictions under section 12B of the Prevention of Corruption Act, finding no reason to disturb the trial Magistrate’s findings.

However, in respect of three charges relating to bank transfers to the Appellant’s personal bank account totalling B$9,500 from a vendor involved in MPRT’s annual festival, the Court found that the bank transfers were justified and accounted for, and that the evidence did not establish wilful misconduct amounting to an abuse of public trust or bringing the public office into disrepute. Accordingly, the Appellant was acquitted of all three charges.

Not with standing the acquittal, the Appellant’s overall sentence of six and a half years’ imprisonment remains unchanged.

Deputy Public Prosecutors Pg Didi-Nuraza Pg Abdul Latiff, Hjh Siti Mu’izzah Hj Sabli and Jordan Tiah Teck Chiun conducted the appeal on behalf of the Public Prosecutor.

The Appellant was represented by Yusof Halim & Partners, Advocates & Solicitors.

– END –

 

Terjemahan

 

SIARAN AKHBAR
RABU, 10HB NOVEMBER 2026
WARDI BIN HAJI MOHD ALI
LAWAN
PENDAKWA RAYA

Mahkamah Tinggi telah mengekalkan sabitan terhadap Awang Wardi bin Hj Mohd Ali, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) atas kesalahan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh manfaat daripada hotel-hotel yang berada di bawah pengawasan Kementerian tersebut.

Keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan menunjukkan bahawa, antara bulan Jun 2020 hingga Februari 2021, Perayu berulang kali menginap di dua buah hotel tempatan tanpa membuat sebarang pembayaran semasa daftar keluar, dengan mengetepikan prosedur tempahan dan pembayaran yang ditetapkan oleh pihak hotel. Jumlah bil tertunggak Perayu terkumpul kira-kira B$5,000, yang hanya dibayar selepas siasatan oleh Biro Mencegah Rasuah (BMR) dimulakan. Majistret perbicaraan mendapati bahawa sepanjang tempoh hutang tersebut belum dibayar, Perayu telah menyalahgunakan kedudukan rasminya untuk memberikan manfaat kepada hotel-hotel berkenaan, termasuk mempercepatkan proses pemeriksaan dan kelulusan, serta mendedahkan maklumat sulit kerajaan secara tidak wajar kepada pemilik hotel yang mempunyai kepentingan perniagaan yang berkaitan dengan KSSUP. Dalam rayuan tersebut, Yang Amat Arif Pesuruhjaya Kehakiman Dato Paduka Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin mengekalkan sabitan terhadap Perayu di bawah Seksyen 12B Akta Pencegahan Rasuah, setelah mendapati tiada alasan untuk mengubah keputusan yang dibuat oleh Majistret perbicaraan.

Walau bagaimanapun, berhubung dengan tiga pertuduhan yang berkaitan dengan pemindahan wang berjumlah B$9,500 ke dalam akaun bank peribadi Perayu daripada seorang vendor yang terlibat dalam festival tahunan KSSUP, Mahkamah mendapati bahawa pemindahan wang tersebut mempunyai justifikasi dan diambil kira dengan sewajarnya, dan keterangan yang dikemukakan tidak membuktikan wujudnya salah laku yang disengajakan sehingga membawa kepada penyalahgunaan kepercayaan awam atau mencemarkan nama baik jawatan awam yang disandang oleh Perayu. Sehubungan itu, Perayu telah dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Walaupun Perayu telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut, hukuman keseluruhan terhadap Perayu iaitu penjara selama enam tahun enam bulan kekal tidak berubah.

Timbalan Pendakwa Raya Pg Didi-Nuraza Pg Abdul Latiff, Hjh Siti Mu’izzah Hj Sabli dan Jordan Tiah Teck Chiun telah mengendalikan rayuan tersebut bagi pihak Pendakwa Raya.

Perayu telah diwakili oleh Tetuan Yusof Halim & Partners, selaku Peguambela dan Peguamcara.

– TAMAT –