The Attorney General’s Chambers, through the Brunei Intellectual Property Office (BruIPO), and in collaboration with the World Intellectual Property Organization (WIPO), organised a workshop entitled “Strengthening Kain Tenunan as a National Cultural Heritage Product through Branding and Intellectual Property (IP)” at the Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
The workshop was officiated by the Honourable Attorney General and Registrar of Trade Marks, Patents and Industrial Designs, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, who delivered the opening remarks. This was followed by welcoming remarks from Mr. Seok Min Song, Counsellor, Division for Asia and the Pacific, WIPO.
In her opening remarks, the Honourable Attorney General highlighted the importance of intellectual property in supporting the preservation and promotion of Kain tenunan as part of Brunei Darussalam’s cultural heritage. She emphasised the need to enable consumers to recognise locally woven kain tenunan and appreciate the craftmanship and value behind each piece, while ensuring that local weavers and producers benefit from such recognition.
The Honourable Attorney General, also underscored the importance of engaging directly with weavers and entrepreneurs to better understand the challenges they face and to ensure that any proposed protection mechanisms and branding initiatives are practical, accessible and beneficial to those involved in sustaining the craft.
The workshop forms part of a collaborative initiative between the Attorney General’s Chambers and the WIPO, supported by the Ministry of Intellectual Property of the Republic of Korea under the Funds-in-Trust of the Republic of Korea (FIT/RoK) IP Work Plan 2026 -2027. The initiative aims to strengthen the protection, recognition and commercial potential of kain tenunan as a national cultural heritage product through the strategic use of intellectual property, branding and market development.A key focus of the initiative is to explore suitable IP protection mechanisms, particularly through the potential use of Collective Marks or Certification Marks, to safeguard the authenticity, quality and identity of kain tenunan. The project seeks to empower local artisans, particularly weavers and entrepreneurs, by enhancing their knowledge of IP protection, branding and commercialisation opportunities.
Throughout the workshop, participants engaged in presentations and interactive discussions led by WIPO representatives and international experts, covering various aspects of IP protection, branding strategies, quality standards and market positioning for cultural heritage products. The workshop also provided a platform for stakeholders to exchange views on strengthening the identity, protection and commercial potential of kain tenunan.
The workshop was attended by approximately 100 participants, comprising representatives from government ministries and agencies, higher educational institutions, local weaving businesses, traditional weavers, entrepreneurs and other relevant stakeholders.
Through this collaboration, the Attorney General’s Chambers reaffirms its commitment to promoting the effective use of intellectual property as a tool for preserving Brunei Darussalam’s cultural heritage, empowering local artisans and entrepreneurs, and supporting the sustainable development of the country’s traditional and creative industries.
– END –
Terjemahan
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MEMPERKUKUH PERLINDUNGAN KAIN TENUNAN MELALUI PENJENAMAAN DAN HARTA INTELEK
Pejabat Peguam Negara, melalui Pejabat Harta Intelek Brunei (BruIPO), dan dengan kerjasama Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), telah mengadakan bengkel bertajuk “Memperkukuh Kain Tenunan sebagai Produk Warisan Budaya Negara melalui Penjenamaan dan Harta Intelek” yang bertempat di Dewan Kuliah, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, Peguam Negara dan Pendaftar Tanda Perniagaan, Paten dan Reka Bentuk Perindustrian yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Seok Min Song, Kaunselor, Bahagian Asia dan Pasifik, Pertubuhan Harta Intelek Sedunia, WIPO.
Dalam menyampaikan ucapan, Yang Berhormat Peguam Negara menekankan kepentingan harta intelek dalam menyokong usaha memelihara dan mempromosikan kain tenunan sebagai sebahagian daripada warisan budaya Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat Peguam Negara turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan para pengguna mengenali kain tenunan tempatan, serta menghargai kehalusan seni pertukangan dan nilai yang tersirat di sebalik setiap penghasilannya, di samping memastikan para penenun dan pengusaha tempatan memperoleh manfaat daripada pengiktirafan tersebut. Yang Berhormat Peguam Negara turut menggariskan kepentingan mengadakan perhubungan secara langsung bersama para penenun dan pengusaha bagi memahami dengan lebih mendalam cabaran yang dihadapi dan memastikan sebarang mekanisme perlindungan dan inisiatif penjenamaan yang dicadangkan dapat dilaksanakan secara praktikal, mudah diakses dan memberikan manfaat kepada pihak-pihak yang berperanan dalam mengekalkan seni tenunan tersebut.Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif kerjasama antara Pejabat Peguam Negara dengan WIPO, yang disokong oleh Kementerian Harta Intelek Republik Korea melalui Funds-in-Trust of the Republic of Korea (FIT/RoK) IP Work Plan 2026–2027. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh perlindungan, pengiktirafan dan potensi komersial kain tenunan sebagai produk warisan budaya negara melalui penggunaan harta intelek, penjenamaan dan pembangunan pasaran secara strategik.
Salah satu fokus utama inisiatif berkenaan adalah untuk meneroka mekanisme perlindungan harta intelek yang bersesuaian, khususnya melalui kemungkinan penggunaan Cap Kolektif (Collective Marks) atau Cap Pensijilan (Certification Marks), bagi memastikan keaslian, kualiti dan identiti kain tenunan terpelihara. Projek tersebut bertujuan untuk memperkasa para pengusaha seni kraf tempatan, khususnya penenun dan pengusaha, melalui peningkatan pengetahuan mengenai perlindungan harta intelek, penjenamaan serta peluang pengkomersialan.
Sepanjang bengkel tersebut, para peserta telah mengikuti pembentangan dan perbincangan interaktif yang dikendalikan oleh wakil-wakil WIPO dan pakar-pakar antarabangsa, yang merangkumi pelbagai aspek perlindungan harta intelek, strategi penjenamaan, piawaian kualiti dan penentuan kedudukan pasaran bagi produk warisan budaya. Bengkel tersebut juga menyediakan platform bagi pihak-pihak berkepentingan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh identiti, perlindungan dan potensi pengkomersialan kain tenunan.
Bengkel tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, pengusaha tenunan tempatan, penenun tradisional, pengusaha serta pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.
Melalui kerjasama ini, Pejabat Peguam Negara menegaskan semula komitmen Pejabat Peguam Negara dalam menggalakkan penggunaan harta intelek secara berkesan sebagai instrumen bagi memelihara warisan budaya Negara Brunei Darussalam, memperkasa para seni kraf dan pengusaha tempatan serta menyokong pembangunan mampan industri tradisional dan kreatif negara.
– TAMAT –