ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

THURSDAY, 24TH SEPTEMBER 2026

 

STRENGTHENING INTELLECTUAL PROPERTY ENFORCEMENT IN THE DIGITAL ERA

Bandar Seri Begawan – In conjunction with the annual IP Enforcement Week celebrated by ASEAN Member States under the auspices of the ASEAN Network of Intellectual Property Enforcement Experts (ANIEE), the Brunei Intellectual Property Office (BruIPO) organised a seminar on ‘Digital and Online Intellectual Property Infringement and Enforcement’ today at the Dewan Jubli Emas, Law and Courts Building, Attorney General’s Chambers.

The seminar aimed to provide participants with a deeper understanding of Brunei Darussalam’s enforcement landscape, current challenges in the digital environment and practical steps to address intellectual property infringement in the online environment. It also aims to strengthen cooperation among government agencies, rights holders, legal practitioners, businesses and consumers in safeguarding innovation and creativity online.

The Honourable Attorney General, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, officiated the event in her capacity as the Registrar of Trade Marks, Patents and Industrial Designs.

The Honourable Attorney General highlighted the shared responsibility of protecting intellectual property in the digital marketplace and the importance of intellectual property enforcement and recognised that emerging technologies, particularly artificial intelligence, present both opportunities and challenges, raising new questions surrounding ownership, authenticity and accountability. In this regard, the Honourable Attorney General stressed the need for regional and international cooperation to effectively combat cross-border infringement.

Speakers from BruIPO, the Criminal Justice Division of the Attorney General’s Chambers, as well as guest speakers from Authority for Infocommunications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI), Royal Brunei Police Force, the Law Society of Brunei Darussalam, Department of Intellectual Property Thailand and the World Intellectual Property Organisation (WIPO), shared insights on Brunei Darussalam’s enforcement landscape, practical approaches to tackling online infringement, the impact of emerging technologies like artificial intelligence, and the importance of stakeholder cooperation to build a trusted digital marketplace.

The seminar, attended by participants from government agencies, the legal sector and other relevant stakeholders, reinforced that safeguarding intellectual property in the digital era is a shared responsibility. The seminar also reaffirmed BruIPO’s commitment to strengthening collaboration and enforcement capacity to address digital and cross-border intellectual property infringement, while promoting greater confidence in the digital marketplace. Through continued cooperation and knowledge-sharing among relevant stakeholders, Brunei Darussalam can foster an environment where innovation and creativity can flourish for the benefit of businesses, consumers and the wider community.

 

-END-

 

Terjemahan dalam Bahasa Melayu

PEJABAT PEGUAM NEGARA

SIARAN AKHBAR

KHAMIS, 24HB SEPTEMBER 2026

MEMPERKUKUH PENGUATKUASAAN HARTA INTELEK DALAM ERA DIGITAL

Bandar Seri Begawan – Bersempena dengan Minggu Penguatkuasaan Harta Intelek yang diraikan setiap tahun oleh Ahli Negara-Negara ASEAN di bawah naungan ASEAN Network of Intellectual Property Enforcement Experts (ANIEE), Pejabat Harta Intelek Brunei (BruIPO) telah menganjurkan seminar bertajuk “Digital and Online Intellectual Property Infringement and Enforcement” pada hari ini di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Pejabat Peguam Negara.

Seminar tersebut bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada para peserta mengenai landskap penguatkuasaan Negara Brunei Darussalam, cabaran–cabaran semasa dalam persekitaran digital dan langkah-langkah praktikal untuk menangani pelanggaran harta intelek di persekitaran dalam talian. Seminar ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, pemegang hak, pengamal undang-undang, perniagaan, dan pengguna dalam melindungi inovasi dan kreativiti dalam talian.

Acara tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, Peguam Negara, selaku Pendaftar Tanda Perniagaan, Paten dan Reka Bentuk Perindustrian.

Yang Berhormat Peguam Negara menekankan tanggungjawab bersama bagi melindungi harta intelek dalam pasaran digital serta kepentingan penguatkuasaan harta intelek dan adalah diperakui bahawa teknologi baru khususnya kecerdasan buatan (artificial intelligence), memberikan peluang dan cabaran, sekaligus menimbulkan persoalan baru mengenai pemilikan, kesahihan dan akauntabiliti. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Peguam Negara menegaskan tentang keperluan kerjasama serantau dan antarabangsa bagi menangani pelanggaran rentas sempadan secara berkesan.

Penceramah dari BruIPO, Bahagian Keadilan Jenayah dari Pejabat Peguam Negara, serta penceramah jemputan dari Autoriti Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Pasukan Polis Diraja Brunei, Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam, Jabatan Harta Intelek Thailand dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), berkongsi pandangan mengenai landskap penguatkuasaan di Negara Brunei Darussalam, pendekatan-pendekatan praktikal dalam menangani pelanggaran dalam talian serta kesan teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI), dan kepentingan kerjasama antara pihak berkepentingan dalam membina suatu pasaran digital yang dipercayai.

Seminar tersebut, yang dihadiri oleh para peserta daripada agensi-agensi kerajaan, sektor perundangan dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan, menegaskan bahawa perlindungan harta intelek dalam era digital merupakan suatu tanggungjawab bersama. Seminar tersebut juga mengukuhkan komitmen BruIPO untuk memperkukuh kerjasama dan keupayaan penguatkuasaan bagi menangani pelanggaran harta intelek digital dan rentas sempadan, di samping meningkatkan keyakinan terhadap pasaran digital. Melalui kerjasama dan perkongsian ilmu yang berterusan antara pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan, Negara Brunei Darussalam dapat memupuk suatu persekitaran yang membolehkan inovasi dan kreativiti berkembang bagi manfaat perniagaan, pengguna dan masyarakat secara keseluruhannya.

-TAMAT-